Memories hit like fak
Thursday // 0 comment(s)

Hi and hello. Ssupp Aku dalam proses membuat cerpen yang mantap lagi meletop. Okay ayat tak nak kalah haha tiba tiba aku lupa mcm mana nak screenshot pakai laptop so tak dapatlah tunjukkan hasil kerja cerpen aku. Next time maybe. Tajuk dia 'Pelangi Pudar' haa curlass kau tajuk. Motif aku letak tajuk tu buat masa sekarang ni tidak dapat dikenalpasti nanti kalau aku dah tau aku bagitau eh. So macam cerpen tu pasal kehidupan aku sebenarnya. Cikgu suruh tulis cerpen tema dia bebas asalkan watak utama dia remaja so aku tulislah pasal aku. Pasal aku sejak pertama kali menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah hinggalah sekarang. Satu satu memori aku ingat. Hm bak kata orang putih "People come and people go." Bak kata aku pula, "Some of the things you love most, is the thing you have to let go of." Okay dah jakgi aku nangis haha secara konklusinya aku sedari bahawa masa begitu singkat sekali. okay dah macam ayat novel. Mohon abaikan. Tapi macam weh asal cepat sangat jadi besar. Aku rasa macam baru minggu lepas aku pascapmr kot. Aku rasa macam baru haritu aku selfie dengan form 3 baru rapat dengan semua form 3. Satu batch. Semua macam baru. Sangat. Kenapa masa begitu singkat untuk benda yang aku rasa padahal baru dan buat aku meninggalkan semua tu dalam sekelip mata. Pergi tak kembali. Aku bukan lagi bergelar seorang pelajar sigs. Aku hanya seorang 'bekas' pelajar sigs. Rasa kehilangan tu memang tak dinafikan. Tapi aku yakin Allah lebih mengetahui apa yang aku ketahui. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Kalau dulu aku belajar daripada kesilapan. Tapi sekarang aku belajar bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sekarang aku sedang fokus mengejar matlamat dan cita-cita aku. Electrical engineer to be. Amin. Aku nak kerja dekat Google.Inc dan ingin mencipta satu gadjet canggih yang akan orang gunakan dalam jangka masa yang panjang. Mimpi biar sampai ke bintang. Kalau bintang tak sampai langit pon jadilah. Teringat aku waktu dekat Kem Tanjung Piai Wilderness camp dulu. Waktu itu, kami dikumpulkan di satu platform hujung benua asia atas laut berbumbungkan bulan dan bintang. Fasilatator suruh kami baring menghadap bintang. Aku baring sebelah Tasya. Aku cakap dengan Tasya "Suatu hari nanti aku akan capai bintang yang paling cerah tu." Tangan aku melambai lambai bintang di langit seolah aku dapat menggapainya. Aku menanti suatu hari tu. Aku akan terus berusaha dan menanti yang suatu hari nanti bintang yang paling cerah tu berada dalam genggaman ku. Dulu aku selalu nangis, mengamuk buat maths. Dari darjah 6 sampai tingkatan 3 maths selalu sakitkan hati aku. Sampai aku buat keputusan nak berhenti sekolah sebab aku rasa macam bodoh sangat. Tak boleh buat maths yang aku rasa senang menghiris hati aku. Aku rasa putus asa waktu itu. Lagi sedih bila trial aku C. Aku macam ugh sumpah nak nangis 4 hari 4 malam. Benda yang aku nak dan harap sangat dalam PMR maths aku A. Macam masa tu dah tak pikir apa. Aku harap kalau semua subjek aku B pon takpa asalkan maths aku A. Dan kau nak tau apa? PMR maths aku A. Cuba teka apa perasaan aku masa tu. Tak terkata weh. Walaupun aku ada 2B tapi siapa kesah kalau maths aku dah A. Dari situ aku sedar yang memang kadang-kadang kita rasa nak putus asa tapi cuba ingat balik terhadap manusia yang selama ini lebih pandai dari kita yang lebih sempurna lebih segala-galanya dari kita. Aku pernah rasa dikutuk diketawakan sebab aku tak pandai maths. Dan itu sangat menyakitkan. Tapi aku bangkit sebab aku tak nak perasaan tu lagi. Aku abaikan hati dan perasaan aku sebab aku nak buktikan yag dorang tu salah. Aku nak dorang tau yang aku pon boleh. Aku nak dapat A. Aku nak sangat dapat A maths. Nak.Sangat. Paham tak? Akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Bersyukur sangat tak terhingga. Alhamdulillah :))

Aku tau tak senang kita nak tempuh semua ni sorang sorang jadi kita kenalah usaha usaha dan terus berusaha sampai berjaya. Cari kawan yang boleh tolong kita. Paling baik jadikan cikgu tu sebagai kawan kita. So nampakkan apa aku nak cakap kat sini. Apa yang kita nak kita akan dapat. Dengan syarat usaha doa dan tawakal. Allah tu maha adil. Dia tau apa yang kita tak tau. Just dont give up. Believe and Hope is whats important. Jadi aku dah ponat membebel laik a pakar motivasi yang rare katanya lolzz haha okay so bye. Aku nak sambung buat cerpen. Nanti dah siap aku publish kat blog. Tinggal 3 hari je weh nak siapkan cerpen. Okay bye! xoxo


Post a Comment